Saturday, November 5, 2011
Selamat Menyambut Hari Raya Korban 1432H
AJK Surau Hijau Taman Selasih mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Korban 1432H kepada semua muslimin dan muslimat. Pada Hari Raya Haji tahun ini pihak Surau sekali lagi dapat mengadakan ibadat korban iaitu sebanyak empat (4) ekor lembu akan dikorbankan pada hari raya pertama. Pihak Surau ingin mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih di atas segala kerjasama dan sumbangan yang diterima daripada muslimin dan muslimat. Hanya Allah yang dapat membalasnya.
Friday, September 16, 2011
Kuliah Maghrib oleh Saudara Tuan Hj Azmil Mustapha
Tuesday, August 23, 2011
Friday, August 12, 2011
Kelebihan Solat Tarawih : Malam Ke 11 hingga ke 30
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Tuesday, August 2, 2011
Kelebihan Solat Tarawih : Malam Pertama hingga ke Sepuluh
Kelebihan Solat Tarawih (Malam pertama hingga ke sepuluh)
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

Sunday, July 24, 2011
Sejarah Dan Kelebihan Ramadhan
Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: Ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk lain2 ibadat (solat Tarawih, tadarus Al Quran dll)
Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu 5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8 ) Memberi berbuka banyak pahala
9) Bulan keampunan : – Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa. – juga doa pada sepertiga malam.
Amalan-amalan di bulan Ramadhan (Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Perasaan tidak sabar untuk menanti Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8 ) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur – utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu 12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20) Hadiri majlis ilmu
21) Buat baik kepada ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pada suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dengan 3 biji kurma
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i’tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV dan melayari internet yang mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri di siang hari
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia
42) Melazimkan solat awal waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Mengeluarkan zakat fitrah
47) Solat Witir
Friday, July 15, 2011
Tuesday, July 12, 2011
Friday, July 1, 2011
UMNO Pun Turut Berdemonstrasi...!!
Nota:
inilah klip video
dimana 200000 opss...20 orang pelajar
tunjuk perasaan di hadapan ibu pejabat pas
sesudah jumamat tadi
syabas ! selamatkan malaysia!
Thursday, June 30, 2011
Kuliah Maghrib
Salam, Insyallah Kuliah Maghrib oleh Ustaz Zul dari Pinang Merah di Surau Hijau Taman Selasih 1 akan diadakan pada hari Jumaat 01 Julai 2011 bersamaan 29 Rejab 1432H. Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.
Thursday, June 16, 2011
Kem Remaja 2011 pada 27 & 28 Mei
Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t , program Kem Remaja 2011 anjuran AJK Surau Taman Selasih telah berjalan dengan baik. Peserta begitu bersemangat setelah tamat program.
Program berlangsung selama 2 hari 1 malam. Ia bermula pada petang Jumaat dirasmikan oleh Al-Fadhil Ustaz Hishammudin Abd Karim, disusuli dengan pengisian ceramah motivasi pada malamnya. Pada pagi hari Sabtu, peserta begitu teruja dapat bersama dengan bekas atlit Lompat Kijang Malaysia iaitu En Zaki Sadri. Peserta diberi tunjuk ajar teknik bersukan yang betul. Antara lain aktiviti menarik adalah uji minda, kepimpinan berkumpulan, BBQ dan perlumbaan motorsikal lambat.
Diharapkan mereka mendapat sesuatu yang baru dalam program ini.
Wednesday, April 20, 2011
Monday, April 18, 2011
Kuliah Maghrib oleh Ustaz Hishamuddin A.Karim Pegawai Agama ECRO
Pada hari Khamis 21hb April 2011 bersamaan 17 Jamadilawal 1432H di Surau Hijau Taman Selasih Kg. Baru Kerteh. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.
Tuesday, April 12, 2011
Kuliah Maghrib oleh Ustaz Hishamuddin A. Karim Pegawai Agama ECRO
Pada hari Khamis 14hb April 2011 bersamaan 10 Jamadilawal 1432H di Surau Hijau Taman Selasih Kg. Baru Kerteh. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.
Friday, April 8, 2011
Kem Solat Remaja 2011
Pihak Surau akan mengadakan Kem Solat Remaja 2011 pada awal bulan Mei ini . Sasaran kami adalah remaja lepasan sekolah sekitar Kerteh seramai 50 orang dan anggaran perbelanjaan sebanyak RM5000.00 diperlukan. Jasa baik dan kemurahan hati tuan-puan dipohon untuk menyumbangkan dana bagi menjayakan program ini.
Sumbangan boleh disalurkan seperti di bawah:
CIMB - 13050000160108
Cek - Surau Taman Selasih Kampung Baru Kerteh
Sebarang pertanyaan/kemuskilan hubungi:
Sheikh Zakia : 019-9672869 - Pengarah Program
Ustaz Asri : 013-9230034 - Pengerusi Surau
En. Nawawi : 019-9170095 - Timb. Pengerusi Surau

Thursday, January 6, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)